Suor Angelica
Senarai opera Giacomo Puccini |
---|
Le Villi (1884) |
Suor Angelica (bahasa Melayu bermaksud, rahib wanita Angelica) ialah opera satu babak penggubah Giacomo Puccini ditulis untuk libreto Itali oleh Giovacchino Forzano. Opera ini merupakan yang ke-2 di dalam opera 3 bahagian Il trittico. Persembahan pertama opera ini dibuat di Metropolitan Opera di New York pada 14 Disember 1918.
Peranan
suntingPeranan | Jenis suara | Tayangan pembukaan Disember 14, 1918 (Konduktor: Roberto Moranzoni) |
---|---|---|
Sister Angelica, rahib wanita |
soprano | Geraldine Farrar |
Seorang puteri (The princess), mak cik kepada Angelica |
kontralto | Flora Perini |
Seorang "Abbess", ketua biara |
mezzo-soprano | Rita Fornia |
Seorang "Monitress", penjaga biara |
mezzo-soprano | Marie Sundelius |
Penjaga biara | mezzo-soprano | Cecil Arden |
Sister Genovieffa, rahib wanita |
soprano | Mary Ellis |
Sister Osmina, rahib wanita |
soprano | Margarete Belleri |
Sister Dolcina, rahib wanita |
soprano | Marie Mattfeld |
Seorang rahib wanita |
mezzo-soprano | |
Rahib - rahib wanita | soprano dan mezzo-soprano |
|
Penyanyi koir wanita, kanak-kanak dan lelaki |
Plot
sunting- Tempat: Sebuah biara berhampiran Siena, di Itali.
- Masa: Sekitar kurun ke-17
Sinopsis
suntingPembukaan opera menunjukkan adegan di dalam biara wanita di mana kedengaran suara rahib-rahib wanita menyanyikan lagu-lagu suci. Cerita ini mengisahkan seorang rahib wanita bernama Angelica yang membayar kesilapan lampau beliau dengan menjadi seorang rahib untuk mengabdikan diri kepada Tuhan. Angelica ada seorang anak lelaki yang kini tinggal bersama keluarga beliau. Angelica sudah tidak berjumpa mereka selama 7 tahun.
Pada suatu hari, makcik Angelica, dikenali sebagai "seorang puteri" datang mengziarahi Angelica. Angelica diminta menandatangani surat persetujuan untuk melepaskan segala harta pusaka yang diturunkan kepada beliau supaya diserahkan kepada adik perempuannya yang bakal berkahwin. Makcik Angelica juga memberitahu bahawa anak lelaki beliau telah meninggal kerana demam panas. Angelica mendandatangani perjanjian harta warisan tersebut sambil menangis.
Kerana terlalu berdukacita dengan nasib malang beliau, Angelica meminum racun, tetapi kemudian menyedari bahawa membunun diri adalah satu kesalahan yang besar dalam agama Kristian. Beliau merayu kepada "Virgin Mary" agar mengampunkan beliau dan kemudiannya menghembuskan nafas terakhir. "Virgin Mary" muncul dengan anak lelaki Angelica, yang lari kearahnya dan lantas memeluk ibunya.
Aria-aria terkenal
sunting- "Senza mamma" - Angelica
Pautan luar
sunting- Pengkalan data Met Opera Diarkibkan 2007-03-29 di Wayback Machine
- Libreto