Talaat Pasha
Mehmed Talaat (Turki Uthmaniyah: محمد طلعت ; Turki: Mehmet Talât ; 10 April 1874 – 15 Mac 1921), atau juga Talaat Pasha (Turki Uthmaniyah: طلعت پاشا ; Turki: Talât Paşa ), merupakan seorang negarawan dari Empayar Uthmaniyah. Beliau menganggotai Turki Muda malah merupakan salah seorang dari tiga tokoh yang memerintah Empayar Uthmaniyah secara de facto - sebagai Wazir Agung kerajaan tersebut - semasa meletusnya Perang Dunia Pertama.[1]
Mehmed Talaat | |
---|---|
Wazir Agung Empayar Uthmaniyah | |
Dalam jawatan 4 Februari 1917 – 8 Oktober 1918 | |
Raja | Mehmed V Mehmed VI |
Didahului oleh | Said Halim Pasha |
Digantikan oleh | Ahmed Izzet Pasha |
Menteri Kewangan Empayar Uthmaniyah | |
Dalam jawatan November 1914 – 4 Februari 1917 | |
Raja | Mehmed V |
Didahului oleh | Mehmet Cavit Bey |
Digantikan oleh | Abdurrahman Vefik Sayın |
Menteri Dalam Negeri Empayar Uthmaniyah | |
Dalam jawatan 23 Januari 1913 – 4 Februari 1917 | |
Raja | Mehmed V |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 10 April 1874 Kırcaali, Edirne Vilayet, Empayar Uthmaniyah (kini Kardzhali, Provinsi Kardzhali, Bulgaria) |
Mati | 15 Mac 1921 (usia 46–47) Berlin, Jerman |
Kewarganegaraan | Uthmaniyah |
Parti politik | Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan |
Pasangan | Hayriye Talat Bafralı |
Talaat bertanggungjawab dalam jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri empayar tersebut melaksanakan suatu pembunuhan beramai-ramai terhadap masyarakat bangsa Armenia pada tahun 1915, beliau dijadikan sasaran gerakan nasionalis Armenia sehingga sendiri dibunuh anggota tersebut di Berlin, Jerman.
Awal hidup
suntingTalaat lahir pada tahun 1874 di bandar Kırcaali, Vilayet Edirne; dia merupakan darah kacukan Pomak and Romani.[2][3] Ayahnya merupakan seorang pegawai kerajaan Uthmaniyajh yang berasal dari sebuah perkampungan di tenggara kawasan bergunung (kini di Bulgaria).
Dari tahun 1898 hingga 1908, dia berkhidmat sebagai seorang kakitangan dalam Pejabat Pos Thessaloniki di mana dia akhirnya menaiki pangkat sebagai ketua badan tersebut dalam masa 10 tahun bekerja di situ.[4] Beliau turut melibatkan diri dalam Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan, sebuah badan yang bertujuan menggesa pembaharuan atau reformasi dalam pemerintahan Uthmaniyah.
Kerjaya politik
suntingSetelah meletusnya Revolusi Turki Muda pada tahun 1908, dia dilantik sebagai wakil Edirne dalam Perhimpunan Agung Uthmaniyah. Beliau dilantik sebagai Menteri atau Wazir dalam negeri kerajaan tersebut pada Julai 1909. Beliau kemudiannya menjadi setiausaha agung Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan pada tahun 1912.
Berikutan pembunuhan wazir agung kerajaan, Mahmud Şevket Pasha, pada Julai 1913, Talaat Pasha sekali mlagi menjadi menteri dalam negeri kerajaan itu. Dia bersama Enver Pasha dan Djemal Pasha, mewujudkan suatu pemerintahan bersama langsung yang memerintah Empayar Uthmaniyah sehingga berakhirnya Perang Dunia Pertama pada bulan Oktober 1918.
Dalam buangan
suntingPembunuhan
suntingPihak perisikan British berjaya menjejak Talaat di Stockholm, Sweden. Mereka asalnya mahu pihak Tentera Laut Diraja Britishmenahannya terus, namun diputuskan agar pengekoran terus dilakukan bagi menyiasat kegiatannya di Berlin.[5] Pihak British berhubung dengan wakil padanan mereka dari Kesatuan Soviet, dan kedua-dua mereka bersetuju menumpaskan Talaat. Lokasi keberadaan dan rupa fizikal Talaat dikirimkan ke Jerman manakala seorang anggota Dashnaktsutyun bernama Soghomon Tehlirian diberikan tugasan melakukan pembunuhan ini.[5][6] Talaat dibunuh hasil sedas tembakan peluru di luar pekarangan kediamannya di Hardenbergstrasse, Charlottenburg pada 15 Mac 1921.
Mayat Talaat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan khusus untuk orang Turki di Berlin. Mayat tersebut kemudiannya dikembalikan ke Istanbul dan dikuburkan di Şişli pada tahun 1943.[7]
Rujukan
sunting- ^ Sylvia Kedourie, S Tanvir Wasti (1996) Turkey: Identity, Democracy, Politics. ISBN 0-7146-4718-7 p. 96
- ^ Taner Timur, [ Türkler ve Ermeniler: 1915 ve Sonrası], İmge Kitabevi, 2001, ISBN 978-975-533-318-2, p. 53. (Turki)
- ^ Abdullah I (King of Jordan), Philip Perceval Graves, Memoirs, publisher J. Cape, 1950, p. 40.
- ^ http://www.telekomculardernegi.org.tr/haber-2730-iz-birakan-ptt%E2%80%99ciler--1--talat-pasa-.html
- ^ a b Oke, Mim Kemal (1988). The Armenian question 1914–1923. Rustem & Brother. ISBN 978-9963-565-16-0.
- ^ Operationnemesis.com
- ^ "Talât Pascha (1872 - 1921) - Find A Grave Memorial". www.findagrave.com. Dicapai pada 25 Oktober 2017.