Tarekat

perkumpulan penuntut ilmu tasawuf

Tarekat (Arab: طَرِيقَة, rumi: ṭarīqah terbitan طَرِيق ṭarīq "jalan" lanjutan dari kata kerja طَرَقَ ṭaraqa "melalui"[1]) lazimnya merujuk kepada satu konsep atau mazhab dalam kesufian Islam. Ilmu tarekat adalah suatu pengajian atau kaedah untuk mengenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Pemahaman

sunting

Menurut Al-Jurjani ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali (740-816 M), tarekat ialah kaedah khusus yang dipakai oleh salik (para penempuh jalan) menuju Allah Ta’ala melalui tahapan (maqamat). Dengan demikian tarekat memiliki dua pengertian:

  1. cara pemberian bimbingan rohani kepada individu dalam mengarahkan kehidupannya menuju kedekatan diri dengan Tuhan.
  2. sebagai persaudaraan kaum sufi (sufi brotherhood) yang ditandai dengan adanya lembaga formal seperti zawiyah, ribath, atau khanaqah.

Bila ditinjau dari sisi lain tarekat itu mempunyai tiga sistem iaitu kerahsiaan, kekerabatan (persaudaraan) sistem hierarki (seperti khalifah tawajjuh atau khalifah suluk, syeikh atau mursyid, wali atau qutub). Kedudukan guru tarekat diperkukuh dengan ajaran wasilah dan salasilah digolongkan guru ini. Keyakinan berwasilah dengan guru dipererat dengan kepercayaan karamah, barakah atau syafa’ah atau limpahan pertolongan dari guru.

Pembelajaran

sunting

Syarat

sunting

Muhammad Hasyim Asy'ari sebagaimana dikutip oleh Muhammad Sholikhin, seorang penganalisis tarekat dan sufi mengatakan bahawa ada lapan syarat dalam mempelajari tarekat:[2]:17-18

  • Qashd shahih: menjalani tarekat dengan tujuan yang benar. Yaitu menjalaninya dengan sikap ubudiyyah, dan dengan niatan menghambakan diri kepada Tuhan.
  • Shidq sharis, : haruslah memandang gurunya memiliki rahasia keistimewaan yang akan membawa muridnya ke hadapan Ilahi.
  • Adab murdhiyyah, orang yang mengikuti tarekat haruslah menjalani tata-krama yang dibenarkan agama.
  • Ahwal zakiyyah, :bertingkah laku yang bersih/sejalan dengan ucapan dan tingkah-laku Nabi Muhammad SAW.
  • Hifz al-hurmah: menjaga kehormatan, menghormati gurunya, baik ada mahupun tidak ada, hidup mahupun mati, menghormati sesama saudaranya pemeluk Islam, hormat terhadap yang lebih tua, sayang terhadap yang lebih muda, dan tabah atas permusuhan antar-saudara.
  • Husn al-khidmah: mereka-mereka yang mempelajari tarekat haruslah mempertinggi pelayanan kepada guru, sesama, dan Allah SWT dengan jalan menaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
  • Raf' al-himmah: membersihkan niat hatinya iaitu mencari khashshah (pengetahuan khusus) dari Allah, bukan untuk tujuan duniawi.
  • Nufudz al-'azimah: menjaga tekad dan tujuan, demi meraih makrifat khashshah tentang Allah.

Tujuan

sunting

Tujuan tarekat adalah membersihkan jiwa dan menjaga hawa-nafsu untuk melepaskan diri dari pelbagai bentuk ujub, takabur, riya', hubbud dunya (cinta dunia), dan sebagainya. Tawakal, rendah hati/tawaduk, reda, mendapat makrifat dari Allah juga menjadi tujuan tarekat.[2]:19-20

Rujukan

sunting
  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 229–230. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ a b Muhammad Sholikhin (2008). Mukjizat dan Misteri Lima Rukun Islam: Menjawab Tantangan Zaman. Yogyakarta: Penerbit Mutiara Media. ISBN 978-979-878-0170-2 Check |isbn= value: length (bantuan).
  NODES