Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2012
Disember
- Para pengundi di Mesir menyetujui perlembagaan baharu.
- Kejadian rogol bergilir-gilir di Delhi mencetuskan bantahan meluas di seluruh India (gambar).
- Singapura menewaskan Thailand secara agregat untuk menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali keempat.
- Park Geun-hye (gambar) terpilih sebagai Presiden Korea Selatan, menjadi wanita pertama menggalas jawatan itu.
- Abe Shinzo terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun apabila partinya mendapat majoriti mutlak Dewan Perwakilan.
- Seramai 28 orang, termasuk penembak, mati berikutan tembakan amuk di sekolah rendah dekat Connecticut, A.S.
- Pemain sitar dan penggubah klasikal India Ravi Shankar meninggal dunia pada usia 92 tahun.
- Perdana Menteri Cheick Modibo Diarra meletak jawatan selepas ditahan pemimpin rampasan kuasa Mali dan digantikan oleh Django Sissoko.
- John Dramani Mahama (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Ghana.
- Bekas Presiden Bangladesh Iajuddin Ahmed meninggal dunia di Bangkok, Thailand.
- Bekas Perdana Menteri Borut Pahor terpilih sebagai Presiden Slovenia.
- Argentina memenangi Hoki Cabaran Juara-Juara I buat kali ketiga.
November
- Perhimpunan Agung PBB meluluskan usul memberikan Palestin (gambar bendera) status negara pemerhati bukan-anggota.
- Sebastian Vettel dan Red Bull Racing memenangi kejuaraan Formula Satu buat kali ketiga berturut-turut.
- Presiden Sierra Leone Ernest Bai Koroma terpilih semula buat penggal kedua.
- Naib Presiden China Xi Jinping (gambar) menjadi Setiausaha Agung Parti Komunis China, menggantikan Presiden Hu Jintao.
- Ketua tentera Hamas Ahmad al-Ja'bari dibunuh dalam satu serangan udara Israel.
- Barack Obama telah dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat.
- Dalam bola sepak, Piala AFC 2012 tamat dengan kemenangan kelab Al-Kuwait.
Oktober
- Selepas melanda Caribbean, Taufan Sandy (gambar satelit) menyebabkan kerosakan meluas di Pantai Timur Amerika Syarikat, termasuk banjir di sebahagian Bandar Raya New York.
- Parti Demokratik Sosial memenangi kemajmukan dalam pilihan raya parliamen Lithuania.
- Amir Qatar Hamad bin Khalifa menjadi ketua negara pertama mengunjungi Gaza sejak Hamas berkuasa.
- Penemuan planet bersaiz Bumi (gambaran artis) di sistem najam terdekat denga Bumi, Alpha Centauri diumumkan.
- Bekas Raja Kemboja Norodom Sihanouk meninggal dunia pada usia 89 tahun.
- Aktivis kanak-kanak Pakistan Malala Yousafzai ditembak dalam cubaan bunuh oleh Taliban.
- Hugo Chávez (gambar) terpilih semula sebagai Presiden Venezuela bagi penggal keempat.
- Gabungan pembangkang Impian Georgia mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Georgia.
|
September
- Serangan terhadap misi diplomatik dan bantahan meluas terjadi selepas penyebaran suatu filem pendek yang menghina Islam.
- Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi mengekalkan kemajmukan dalam pilihan raya umum Belanda.
- Kuar Dawn NASA (gambar konsep) meninggalkan orbit asteroid Vesta, menuju planet kerdil Ceres.
Ogos
- Di Mexico, Institut Pilihan Raya Persekutuan mengisytiharkan Enrique Peña Nieto sebagai presiden baharu.
- Angkasawan A.S. Neil Armstrong (gambar), orang pertama berjalan di Bulan, meninggal dunia pada usia 82 tahun.
- Anders Behring Breivik, yang membunuh 77 orang pada 2011, dihukum 21 tahun penjara, tertakluk kepada pelanjutan.
- Perdana Menteri Habsyah Meles Zenawi meninggal dunia pada usia 57 tahun.
- Mali membentuk kerajaan perpaduan dalam usaha memyelesaikan krisis politik akibat rampasan kuasa.
- Majlis penutup Sukan Olimpik Musim Panas (gambar) diadakan di London.
- Lebih 300 orang terbunuh dan 3,000 lagi cedera dalam dua gempa bumi berhampiran Tabriz, Iran.
- Presiden Mesir Mohammed Mursi membatalkan pindaan perlembagaan oleh tentera.
- Majlis Peralihan Kebangsaan Libya menyerahkan kuasa kepada Kongres Kebangsaan Am yang baru dilantik.
- Perayau Curiosity Makmal Sains Marikh (gambar) NASA mendarat di Marikh.
- Perdana Menteri Syria Riyad Farid Hijab berpaling tadah kepada pemberontak.
- Seorang lelaki menembak mati enam orang di sebuah kuil Sikh di Wisconsin, A.S.
Julai
- Perenang A.S. Michael Phelps memecah rekod tahun 1964 oleh Larisa Latynina bagi jumlah pingat Olimpik paling banyak.
- Kegagalan grid kuasa di 20 negeri di India menyebabkan 600 juta orang tiada elektrik.
- Upacara pembukaan Sukan Olimpik (gambar) dijalankan di London.
- Lebih 40 orang terbunuh dalam pertempuran antara pemberontak dan askar kerajaan Tajik di Gorno-Badakhshan.
- Presiden Ghana John Atta Mills meninggal dunia pada usia 68 tahun dan digantikan oleh Naib Presiden John Dramani Mahama.
- Pranab Mukherjee terpilih sebagai Presiden India.
- Seorang lelaki membunuh 12 orang dan mencederakan 58 lagi ketika satu tayangan filem di Colorado, A.S.
- Pelakon dan penerbit filem Bollywood Rajesh Khanna meninggal dunia pada usia 69 tahun.
- Nkosazana Dlamini-Zuma (gambar) terpilih sebagai wanita pertama mengetuai Suruhanjaya Kesatuan Afrika.
- Palang Merah mengisytiharkan pemberontakan Syria sebagai perang saudara, mencetuskan pemakaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
- Putera Mahkota Tonga Tupoutoʻa ʻUlukalala mengahwini Sinaitakala Fakafanua di Nukuʻalofa.
- Ahli astronomi mengumumkan penemuan S/2012 P 1, bulan kelima Pluto.
- Lebih 160 orang maut dalam banjir kilat di Jajahan Krasnodar, Rusia.
- The Shard (gambar) di London dirasmikan sebagai bangunan tertinggi Eropah, dengan ketinggian 310 meter (1,020 ka).
- CERN mengumumkan penemuan zarah baharu dengan sifat sejajar boson Higgs dengan ujikaji menggunakan Pelanggar Hadron Besar.
- Parlimen Eropah mengundi menolak perjanjian Anti-Counterfeiting Trade Agreement.
- GlaxoSmithKline mengaku bersalah terhadap dakwaaan jenayah penipuan penjagaan kesihatan dan didenda rekod AS$3 bilion.
- UEFA Euro 2012 tamat dengan Sepanyol menewaskan Itali bagi mempertahankan kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Eropahnya.
Jun
- Calon Parti Kebebasan dan Keadilan Mohammed Mursi secara rasmi terpilih sebagai Presiden Mesir.
- Presiden Paraguay Fernando Lugo (gambar) disingkirkan daripada jawatannya dan digantikan oleh Federico Franco.
- Yousaf Raza Gillani dibatalkan kelayakan daripada menjadi Perdana Menteri Pakistan kerana sabit bersalah menghina mahkamah.
- Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan sekali lagi dalam pilihan raya perundangan Greece.
- Putera Mahkota Arab Saudi Nayef bin Abdul-Aziz meninggal dunia di Geneva.
- NASA mengumumkan yang Voyager 1 (gambar) telah tiba di pinggir heliosfera, sempadan Sistem Suria.
- Mahkamah Perlembagaan Agung Mesir membubarkan parlimen negara itu.
- Lebih 70 orang maut tertimbus akibat dua gempa bumi di utara Afghanistan.
- Transit terakhir Zuhrah (gambar) abad ini terjadi.
- Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dihukum penjara seumur hidup kerana peranannya dalam pembunuhan pembantah semasa revolusi Mesir 2011.
Mei
- IUPAC menerima nama flerovium dan livermorium bagi dua unsur sintetik yang baru ditemui.
- Dua gempa bumi melanda utara Itali, menyebabkan 24 orang maut dan 14,000 lagi tiada tempat tinggal.
- Dalam perlumbaan kereta Formula Satu, Mark Webber memenangi Grand Prix Monaco 2012.
- Sebuah kapsul Dragon (gambar) yang dilancarkan SpaceX menjadi penerbangan komersil pertama tiba di Stesen Angkasa Antarabangsa.
- Tomislav Nikolić (gambar) terpilih sebagai Presiden Serbia.
- Danilo Medina terpilih sebagai Presiden Republik Dominika.
- Dalam bola sepak, Liga Juara-Juara UEFA berakhir dengan Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui tendangan penalti.
- 1800 tahanan Palestin di Israel bersetuju menamatkan mogok lapar setelah mencapai persetujuan dengan pihak berkuasa Israel.
- Barisan Pembebasan Kebangsaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Algeria.
- Sebuah Sukhoi Superjet 100 (gambar) terhempas dalam satu penerbangan pertunjukan di Indonesia, membunuh semua 45 orang di dalamnya.
- Parti Demokrasi Baru mendapat kemajmukan dalam pilihan raya perundangan Greece.
- François Hollande terpilih sebagai Presiden Perancis, menggantikan Nicolas Sarkozy.
- János Áder terpilih sebagai Presiden Hungary selepas perletakan jawatan Pál Schmitt.
April
- Polis menahan lebih 500 orang kerana terlibat dalam Perhimpunan Bersih 3.0 (gambar) di Kuala Lumpur.
- Fayez al-Tarawneh menjadi Perdana Menteri Jordan buat kali kedua selepas Awn Shawkat Al-Khasawneh meletak jawatan.
- Mark Rutte meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Belanda.
- Dua kereta api berlanggar (gambar) di Amsterdam, mengorbankan seorang penumpang dan mencederakan puluhan lagi.
- India berjaya melancarkan ujian peluru berpandu balistik antara benua Agni-V.
- Jim Yong Kim terpilih sebagai Presiden Bank Dunia.
- Taur Matan Ruak terpilih sebagai Presiden Timor Leste.
- Di tengah-tengah pilihan raya presiden, pihak tentera merampas kuasa di Bissau, ibu negara Guinea-Bissau.
- Parti memerintah Parti Saenuri pimpinan Park Geun-hye mengekalkan majoritinya dalam pilihan raya Korea Selatan.
- Gempa bumi bermagnitud 8.6 melanda 430 km di luar pantai Sumatera, mencetuskan amaran tsunami di sekitar Lautan Hindi.
- Presiden Malawi Bingu wa Mutharika (gambar) meninggal dunia pada usia 78 tahun.
- Berikutan tuduhan salah laku akademik, Pál Schmitt meletak jawatan sebagai Presiden Hungary.
- Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aung San Suu Kyi memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kecil Myanmar.
Mac
- Parti APRC mengekalkan majoriti mutlak dalam pilihan raya di Gambia.
- Macky Sall (gambar) terpilih sebagai Presiden Senegal.
- Presiden Mali Amadou Toumani Touré digulingkan dalam satu rampasan kuasa.
- Raja Tonga Siaosi Tupou V mangkat di Hong Kong pada umur 63 tahun.
- Joachim Gauck terpilih sebagai Presiden Jerman.
- Pemandu McLaren-Mercedes Jenson Button memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2012 Grand Prix Australia.
- Nicolae Timofti terpilih sebagai Presiden Moldova.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuat keputusan pertamanya, mendapati Thomas Lubanga bersalah jenayah perang mengerah kanak-kanak.
- Ensiklopedia Britannica menamatkan edisi cetaknya, 244 tahun selepas penerbitan pertamanya.
- Parti bekas Perdana Menteri Robert Fico (gambar) Hala – Demokrasi Sosial mendapat majoriti dalam pilihan raya parlimen Slovakia.
- Perdana Menteri Belize Dean Barrow kembali terpilih untuk penggal keduanya.
- Vladimir Putin terpilih sebagai Presiden Rusia untuk penggal ketiganya.
- Letusan puting beliung di Barat Tengah dan Tenggara Amerika Syarikat menyebabkan sekurang-kurangnya 40 kematian.
Februari
- Korea Utara bersetuju menggantung operasi pengayaan uranium sebagai pertukaran bantuan kemanusiaan.
- Struktur bebas kedua tertinggi di dunia, Tokyo Sky Tree (gambar) siap dibina.
- Abd Rabbuh Mansur Al-Hadi mengangkat sumpah sebagai Presiden Yaman selepas pengunduran Ali Abdullah Saleh.
- The Artist memenangi lima Oscar, termasuk Filem Terbaik, di Anugerah Akademi ke-84.
- Spesimen Silene stenophylla dilaporkan berjaya dijana semula daripada tisu plasenta yang beku sekitar 32,000 tahun dahulu.
- Presiden Jerman Christian Wulff (gambar) meletak jawatan selepas muncul tuduhan rasuah ketika menjadi Perdana Menteri Niedersachsen.
- Syarikat penerbangan Indonesia Lion Air memesan 230 pesawat Boeing dengan harga AS$22.4 bilion, satu rekod baharu.
- Di tengah-tengah bantahan, Parlimen Greece meluluskan langkah jimat cermat oleh kerajaan campuran sementara negara itu.
- Dalam bola sepak, Piala Negara-Negara Afrika berakhir dengan Zambia menewaskan Côte d'Ivoire.
- The Artist memenangi tujuh anugerah, termasuk Filem Terbaik, di Anugerah Filem Akademi British ke-65.
- Penyanyi A.S. Whitney Houston (gambar) meninggal dunia pada umur 48 tahun.
- Mohammed Waheed Hassan mengangkat sumpah sebagai Presiden Maldives selepas perletakan jawatan Mohamed Nasheed.
- Pelumba basikal Sepanyol Alberto Contador, yang diuji positif kerana menggunakan dadah, dilucutkan kemenangan Tour de France 2010 dan Giro d'Italia 2011 dan dilarang daripada perlumbaan untuk dua tahun.
- Ratu Elizabeth II, raja British kedua paling lama memerintah, meraikan Jubli Intannya.
- Gempa bumi di luar pantai Negros Oriental, Filipina, mengorbankan lebih 100 orang dan menyebabkan kerosakan besar.
- Ahli sains Rusia sampai ke Tasik Vostok, jasad air terasing di bawah perisai ais Antartika, selepas menggerudi lubang gerek sedalam 3,768 m (12,360 ka).
- Sauli Niinistö daripada Parti Campuran Nasional terpilih sebagai Presiden Finland.
- Dalam bola sepak Amerika, New York Giants mengalahkan New England Patriots untuk memenangi Super Bowl XLVI.
- Feri penumpang MV Rabaul Queen (gambar) karam di pantai Papua New Guinea, dengan 100 orang masih hilang.
- Lebih 70 orang terbunuh dalam rusuhan susulan perlawanan bola sepak di Port Said, Mesir.
- Ratu Elizabeth II membatalkan kesateriaan Fred Goodwin kerana menyebabkan Royal Bank of Scotland hampir runtuh.
Januari
- Dalam tenis, Victoria Azarenka dan Novak Djokovic memenangi gelaran lelaki dan wanita perseorangan Terbuka Australia.
- Kejohanan Bola Baling Lelaki Eropah (gambar) berakhir dengan Denmark menewaskan tuan rumah Serbia dalam perlawanan akhir.
- Siklon Tropika Funso melanda luar pantai Mozambique, membunuh 15 orang di laut dan sekurang-kurangnya 14 yang lain melalui banjir pedalaman.
- Kesatuan Eropah dan 22 negara anggota menandatangani Anti-Counterfeiting Trade Agreement, mengakibatkan perletakan jawatan pelapor perjanjian tersebut dan bantahan di seluruh Poland.
- Kesatuan Eropah mengenakan embargo terhadap kontrak minyak masa hadapan dengan Iran.
- Parti Kebebasan dan Keadilan mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya pertama Mesir selepas revolusi.
- Pelbagai tapak web menyertai bantahan (gambar) terhadap rang undang-undang A.S. SOPA dan PIPA.
- Di Republik China di Taiwan, Ma Ying-jeou terpilih semula sebagai presiden.
- Kapal persiaran Costa Concordia terkandas dan terlingkup (gambar) di luar pantai Tuscany, Itali, menyebabkan 11 orang maut.
- Di Kiribati, Anote Tong terpilih semula sebagai presiden bagi penggal ketiga.
- Di Myanmar, kerajaan dan Kesatuan Kebangsaan Karen mengadakan gencatan senjata bagi mengakhiri perbalahan dalaman yang bermula pada 1948.
- Presiden Guinea-Bissau Malam Bacai Sanhá meninggal dunia pada usia 64 tahun.
- Ketua pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim (gambar) didapati tidak bersalah dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari.
- Portia Simpson-Miller (gambar) menjadi Perdana Menteri Jamaica buat kali kedua.
- Christopher Loeak terpilih sebagai Presiden Kepulauan Marshall.
- Azerbaijan, Guatemala, Maghribi, Pakistan dan Togo menyertai Majlis Keselamatan PBB sebagai anggota sementara.