Tempoh Protodinasti Mesir
Tempoh Protodinastik Mesir (3200 SM - 3000 SM) merujuk kepada berakhirnya Tempoh Pradinasti Mesir. Tempoh ini sama dengan fasa dalam arkeologi yang dikenali sebagai Naqada III. Waktu ini juga turut dikenali sebagai Dinasti 0 atau Tempoh Pradinasti Akhir.
Tempoh Protodinastik dikenali sebagai masa ketika Mesir Kuno mengalami proses penyatuan politik, mengarah kepada penyatuan negara selama Tempoh Pradinasti Mesir. Pada masa inilah bahasa Mesir pertama kali ditulis dalam hieroglif. Ada juga fakta-fakta arkeologi tentang kewujudan perkampungan orang-orang Mesir di Israel selatan sepanjang tempoh protodinasti, yang disebut sebagai tempat penyaluran barang untuk kegiatan perdagangan.
Pembentukan negara bermula pada masa ini, malah mungkin lebih awal. Pelbagai jenis kota-negara kecil muncul di sepanjang Sungai Nil. Peperangan selama berabad-abad memecah Mesir Hulu menjadi tiga negara besar: Thinis, Naqada, dan Nekhen. Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan politik di Mesir Hilir tetapi mereka dan Naqada mempunyai kesamaan dalam pemujaan Seth manakala Thinis dan Nekhen memuja Horus. Terletak di antara Thinis dan Nekhen, Naqada-lah yang pertama runtuh. Thinis kemudian menakluk Mesir Hilir. Hubungan antara Nekhen dan Thinis masih diragui tetapi kedua-dua negara ini berkemungkinan telah bergabung secara damai dengan keluarga kerajaan Thinis sebagai penguasa seluruh Mesir. Raja-raja Thinis dimakamkan di Abydos di pemakaman Umm el-Qa'ab.
Kebanyakan Ahli kaji Mesir menganggap Narmer merupakan raja terakhir tempoh ini, walaupun beberapa pihak menempatkannya di tempoh dinasti pertama Mesir.
Rujukan
sunting- Anđelković, Branislav. 2002. "Southern Canaan as an Egyptian Protodynastic Colony." Cahiers Caribéens d’Égyptologie 3/4 (Dix ans de hiéroglyphes au campus):75–92.
- Bard, Katherine, A. 2000. "The Emergence of the Egyptian State." In The Oxford History of Ancient Egypt, edited by Ian Shaw. Oxford and New York: Oxford University Press. 61–88
- Midant-Reynes, Béatrix. 2000. The Prehistory of Egypt: From the First Egyptians to the First Pharaohs. Translated by Ian Shaw. Oxford and Malden: Blackwell Publishers
- Wilkinson, Toby Alexander Howard. 2001. Early Dynastic Egypt. 2nd ed. London: Routledge
- Wright, Mary. 1985. "Conacts Between Egypt and Syro-Palestine During the Protodynastic Period." Biblical Archeologist: Perspectives on the Ancient World from Mesopotamia to the Mediterranean 48 (4):240–253.
Pautan luar
sunting- (Inggeris) Teori Penyatuan
- (Inggeris) Neolitik dan Dinasti 0