Teori nombor ialah satu cabang dalam matematik tulen yang membincangkan sifat-sifat nombor secara am, dan integer secara khusus, serta kesemua masalah dari kelas yang lebih luas yang muncul dari pengkajiannya.

Istilah aritmetik atau "aritmetik tinggi" sebagai kata nama pernah digunakan untuk merujuk kepada teori nombor asas walaupun ia adalah istilah lama yang tidak lagi popular. Bagaimanapun perkataan "aritmetik" masih lagi popular digunakan sebagai adjektif. Contohnya untuk istilah geometri aritmetik dan fungsi aritmetik.

Teori nombor boleh dibahagikan kepada beberapa bidang, berdasarkan kaedah yang digunakan dan jenis persoalan yang dikaji.

Pautan luar

sunting
  NODES