The Island (filem 2005)
The Island ialah filem aksi sains fiksyen Amerika Syarikat 2005 diarahkan oleh Michael Bay, dibintangi Ewan McGregor dan Scarlett Johansson. Ia telah ditayangkan pada Julai 22, 2005 di Amerika Syarikat dan dicalonkan untuk tiga anugerah termasuk Teen Choice Award.
The Island | |
---|---|
Pengarah | Michael Bay |
Lakon layar | Caspian Tredwell-Owen Alex Kurtzman Roberto Orci |
Cerita oleh | Caspian Tredwell-Owen |
Dihasilkan oleh | Michael Bay Ian Bryce Walter F. Parkes |
Dibintangi | Ewan McGregor Scarlett Johansson Djimon Hounsou Sean Bean Michael Clarke Duncan Steve Buscemi |
Sinematografi | Mauro Fiore |
Disunting oleh | Paul Rubell Christian Wagner |
Muzik oleh | Steve Jablonsky |
Diedarkan oleh | DreamWorks Pictures (Amerika Utara) Warner Bros. Pictures (Antarabangsa) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 136 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bajet | $126 juta[1] |
Pecah panggung | $162.9 juta[1] |
Filem ini menelan kos $126 juta untuk dihasilkan. Ia hanya mendapat $36 juta dalam box office Amerika Syarikat tetapi memperoleh $127 juta di luar negara dengan jumlah terkumpul $162 juta.
Plot
suntingTemplat:Spoiler Pada tahun 2019, Lincoln Six Echo dan Jordan Two Delta hidup dengan orang lain di sebuah tempat terpencil. Komuniti mereka ditabir dengan peraturan yang ketat. Penduduk di situ mempercayai bahawa dunia luar telah menjadi terlalu cemar untuk kehidupan manusia kecuali sebuah pulau. Setiap minggu, satu loteri dijalankan dan pemenang akan dapat meninggalkan tempat itu untuk hidup di pulau tersebut.
Lincoln mula bermimpi ketika tidur bahawa memori yang diketahuinya bukan dari pengalamannya sendiri. Dr. Merrick, seorang saintis yang menjalankan tempat itu mengambil berat dan meletakkan kuar dalam badan Lincoln untuk memantau aktiviti otak beliau. Semasa dengan rahsianya melawat stesen kuasa di ruangan bawah tanah di mana rakannnya, juruteknik James McCord bekerja, Lincoln menemui rama-rama hidup di dalam sebuah ruangan pengudaraan menyebabkan dia terfikir bahawa dunia luar tidak tercemar. Lincoln mengikuti rama-rama itu ke bahagian lain dimana dia menjumpai bahawa "loteri" itu sebenarnya adalah satu penyamaran untuk menghapuskan penduduk daripada tempat itu, dimana pemenang loteri kemudiannya digunakan sebagai penuaian organ, ibu tumpang dan tujuan lain untuk penaja masing-masing, yang kelihatan sama seperti mereka.
Merrick mendapati bahawa Lincoln telah mengetahui rahsia itu yang menyebabkan Lincoln melarikan diri. Sementara itu, Jordan telah dipilih untuk pergi ke pulau itu. Lincoln dan Jordan berjaya melarikan diri daripada fasiliti tersebut dimana mereka muncul di padang pasir Arizona. Dia menjelaskan kebenaran kepada Jordan dan mereka mempelajari kebenaran tentang dunia mereka. Merrick mengupah Albert Laurent untuk memburu mereka dan memberitahu bahawa dia perlukan klon itu hidup-hidup di fasiliti tersebut, jika tidak organ mereka tidak dapat rosak.
Lincoln dan Jordan menjumpai McCord di dalam sebuah bar berdasarkan kertas penutup korek api yang Lincoln jumpa didalam poketnya. Pulang ke rumahnya, McCord menjelaskan bahawa semua penduduk di fasiliti itu adalah klon penaja kaya dan/atau terdesak, yang dielakkan daripada mengetahui dan dunia sebenar dan sengaja direka tidak berminat dengan dunia luar. McCord memberi mereka nama penaja Lincoln yang berada di Los Angeles dan membantu mereka ke stesen kereta api Yucca sebelum dibunuh oleh tentera upahan Merrick. Penaja Jordon, model Sarah Jordan berada dalam koma disebabkan kemalangan kereta dan memelurkan pemindahakan organ dari Jordan untuk terus hidup. Penaja Lincoln, Tom Lincoln, menerangkan beberapa keadaan, menyebabkan Lincoln sedar bahawa dia telah mendapat memori Tom. Tom bersetuju untuk membantu Lincoln dan Jordan mendedahkan kebenaran tentang penuaian organ, tetapi Tom dengan rahsianya memaklumkan kepada Merrick tentang situasinya dalam telefon. Merrick menghantar tentera upahan ke lokasi mereka tetapi Lincoln membuat helah kepada Laurent untuk membunuh Tom, membenarkannya mengambil alih identiti Tom.
Merrick, setelah menyedari kecacatan pengklonan bertanggungjawab terhadap memori dan kelakuan Tom - menyebabkan dia dan setiap generasi klon selepasnya mempunyai potensi untuk mempersoalkan persekitaran dan juga memanfaatkan memori penaja mereka - memutuskan untuk menghapuskan empat generasi terbaru klon untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Lincoln dan Jordan, bagaimanapun, merancang untuk membebaskan klon sesama mereka. Menyamar sebagai Tom, Lincoln kembali ke perkarangan (kononnya supaya klon baru boleh diwujudkan) untuk memusnahkan projektor hologram yang menyembunyikan dunia luar dari klon. Jordan membenarkan dirinya untuk ditangkap supaya dia boleh membantu Lincoln. Dengan bantuan daripada Laurent, yang mempunyai keraguan moral tentang perlakuan terhadap klon selepas menyaksikan perjuangan mereka untuk terus hidup dan mempelajari bahawa Sarah Jordan mungkin akan mati juga walaupun selepas pemindahan organ dari Jordan, Merrick dibunuh dan klon-klon dibebaskan, melihat dunia luar buat pertama kali. Filem ini berakhir dengan Lincoln dan Jordan belayar dalam perahu bersama-sama. Templat:Endspoiler
Pelakon
sunting- Ewan McGregor sebagai Lincoln Six Echo, klon Tom Lincoln, seorang pereka eksperimen automotif Scotland, yang menaja klonnya untuk hati baru who sponsored his clone for a new liver selepas virus hepatitis merosakkan hatinya. Terdapat perbezaan diantara Six Echo dengan penajanya; Lincoln Six Echo idigambarkan sebagai baik hati, lemah lembut, sopan, dan murah hati, manakala Tom Lincoln digambarkan sebagai biadap, agresif, tamak dan kasanova. Six Echo bercakap dengan loghat Amerika manakal Tom bercakap dengan loghat Scotland.
- Scarlett Johansson sebagai Jordan Two Delta, klon Sarah Jordan, seorang supermodel untuk Calvin Klein (antara jenama lain), yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun. Two Delta dijangka untuk dipindahkan organnya selepas penaja beliau cedera teruk dalam kemalangan kereta. Penaja Two Delta, Sarah tidak pernah muncul dalam skrin dan hanya dilihat di dalam papan iklan; kemudian ia menyebut bahawa Sarah meninggal dunia ketika dalam keadaan koma.
- Djimon Hounsou sebagai Albert Laurent, seorang kontraktor tentera swasta Burkina Faso dan veteran GIGN diupah untuk membawa semula Lincoln Six Echo dan Jordan Two Delta
- Sean Bean sebagai Dr. Merrick, pemilik Merrick Biotech dan pencipta teknologi pengklonan
- Michael Clarke Duncan sebagai Starkweather Two Delta, klon dari seoarang pemain bola sepak Amerika
- Steve Buscemi sebagai James "Mac" McCord, penyelia penyelenggaraan di Merrick Biotech dan rakan Lincoln Six Echo
- Kim Coates sebagai Charles Whitman, seorang pekerja di Merrick Biotech
- Ethan Phillips sebagai Jones Three Echo, seorang klon kurang sopan yang bekerja bersama Lincoln Six Echo
- Brian Stepanek sebagai Gandu Three Echo, seorang klon yang mudah kecewa dan berulang kali didisiplin kerana kemarahan beliau
- Noa Tishby sebagai uruhebah masyarakat, yang membuat pengumuman maklumat awam kepada klon
- Siobhan Flynn sebagai Lima One Alpha, seorang klon yang mengandung dan bekerja bersama Lincoln Six Echo dan digunakan sebagai ibu tumpang
Pengambaran
suntingLokasi pengambaran
suntingBangunan yang runtuh dimana Jordan dan Lincoln tidur selepas melarikan diri daripada fasiliti itu adalah di Rhyolite, Nevada. Kawasan badar dalam filem itu difilemkan di Detroit, Michigan.[2] Bahagian-bahagian lain dalam filem itu difilemkan di Coachella Valley, California.[3]
Tayangan
suntingBox office
suntingThe Island mengutip $12,409,070 dalam lebih 3,100 panggung wayang semasa minggu pembukannya. Filem itu kemudiannya mengutip $35,818,913 di peringkat domestik dan $127,130,251 di luar negara, dengan jumlah keseluruhan $162,949,164.
Respons kritikal
suntingThe Island menerima ulasan bercampur dari pengkritik. Ia mendapat rating 40% (menerusi 185 ulasan) di Rotten Tomatoes,[4] dan mendapat skor 50/100 (menerusi 38 ulasan) di Metacritic.[5]
Rujukan
sunting- Nota
- ^ a b "The Island". Box Office Mojo. IMDb.com. Dicapai pada 2012-12-11.
- ^ "Filming locations for The Island (2005)". IMDb. IMDb.com, Inc. 1990–2012. Dicapai pada 16 August 2012.
- ^ Palm Springs Visitors Center. "Coachella Valley Feature Film Production 1920-2011". Filming in Palm Springs. Palm Springs, CA. Dicapai pada October 1, 2012. ♦ Download (Downloadable PDF file)
- ^ "The Island Movie Reviews - Rotten Tomatoes". Dicapai pada 8 April 2011.
- ^ "The Island Reviews, Ratings, Credits, and More at Metacritic". Dicapai pada 8 April 2011.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan The Island (filem 2005) |
- title di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- The Island di Allmovie
- The Island di Rotten Tomatoes
- The Island di Metacritic
- The Island di Box Office Mojo