Tolok terikan ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur keregangan sesuatu objek. Ia merupakan sejenis transduser pasif yang menggunakan konsep perubahan rintangan elektrik dalam dawai logam untuk mengesan sebarang terikan yang dihasilkan oleh daya yang dikenakan ke atas dawai tersebut. Ia boleh digunakan untuk mengukur berat, tekanan, daya mekanik dan juga anjakan.

  NODES