Tumbuhan air atau tumbuhan akuatik, turut disebut hidrofit dan makrofit adalah tumbuhan yang hidup menyesuaikan diri pada lingkungan perairan tawar dan masin, baik terbenam sebagian atau sepenuhnya dalam air. Tumbuhan air bergantung hidupnya pada air untuk mendapatkan nutrien dan sistem sokongan. Di tasik dan sungai, tumbuhan air menyediakan perlindungan kepada ikan, mengeluarkan oksigen, dan bertindak selaku makanan untuk beberapa ikan dan hidupan liar.[1][2]

Tumbuhan akuatik, telepok.

Tumbuhan air biasanya merujuk pada tumbuhan berpembuluh yang hidup di air, seperti sejumlah paku air (order Salviniales) atau tumbuhan berbiji (dari bermacam genus, baik kotiledon tunggal maupun dikotiledon). Beberapa tumbuhan lumut (seperti Riccia dan Ricciocarpus) turut hidup mengapung di air. Rumpai laut kadang-kadang tidak dianggap tumbuhan air lantaran tidak mempunyai pembuluh sejati.

Ciri-ciri

sunting

Berikut adalah ciri-ciri tumbuhan air:-

  1. Kutikel tipis; kutikel tebal tidak diperlukan lantaran kadar kehilangan air adalah rendah.
  2. Stoma terbuka sepanjang waktu untuk mengeluarkan dair yang diserap berlebihan dalam tumbuhan.
  3. Jumlah stoma meningkat di salah satu sisi daun untuk meningkatkan penyejatan air.
  4. Struktur tumbuhan adalah lembut dan disokong oleh air.
  5. Daun tipis dan lebar pada permukaan tumbuhan untuk tujuan pengapungan.
  6. Tisu adalah ringan dan mempunyai kantung udara untuk pengapungan.
  7. Untuk tumbuhan terapung, akarnya adalah kecil dan ringan untuk memudahkan tumbuhan hanyut.
  8. Untuk tumbuhan tenggelam, daunnya adalah kecil atau halus untuk mengurang rintangan arus membolehkan tumbuhan tumbuh tegak.

Penggolongan

sunting
 
Telopok tumbuh mengakar di dasar dengan daun terapung di permukaan air.
 
Kiambang (Pistia stratiotes), tumbuhan yang hanyut di permukaan air.

Timbul

sunting

Tumbuhan timbul adalah jenis yang tumbuh dalam air tetapi mencecah permukaan lalu sebahagiannya terdedah ke udara.[3]

Tingkah laku ini boleh terjadi lantaran daun dapat berfotosintesis dengan lebih berkesan di udara dan adanya persaingan dari tumbuhan tenggelam tetapi selalunya, ciri keudaraan utamanya adalah bunga dan berkaitan proses pembiakan. Tingkah laku menimbulkan diri membenarkan pendebungaan oleh angin dan serangga.

Terdapat banyak spesies tumbuhan tenggelam antaranya Cyperus papyrus, spesies Typha, dan padi liar. Beberapa jenis buterkup (genus Ranunculus) hidup terendam dalam air dengan hanya bunga yang muncul di permukaan.

Tenggelam

sunting

Tumbuhan tenggelam tumbuh sepenuhnya di dalam air dengan akar bersambung ke dasar tanah (cth. Myriophyllum spicatum) atau tanpa sistem akar (cth. Ceratophyllum demersum). Helofit adalah tumbuhan yang tumbuh di rawang, sebahagiannya tenggelam di dalam air, jadi ia menumbuhkan semula tunas di bawah permukaan air. Panjang akar dan daun tipis menambahkan luas permukaan untuk menyerap mineral terlarut dan oksigen. Contohnya termasuklah Equisetum fluviatile, Glyceria maxima, Sagittaria, Carex dan Acorus.

Daun terapung

sunting

Tumbuhan daun terapung mempunyai sistem akar yang bersambung ke tanah atau dasar tubuh air, dengan daun terapung di permukaan air. Tumbuhan daun terapung kerapnya adalah telepok (keluarga Nymphaeaceae) dan rumput naga (keluarga Potamogetonaceae)

Hanyut

sunting

Tumbuhan hanyut atau terapung bebas ditemui tertaut di permukaan air dengan akar tidak bersambung dengan dasar tanah, mendapan atau dasar tubuh air. Mereka mudah tertiup oleh udara dan menyediakan tempat pembiakan bagi nyamuk. Contohnya, termasuk kiambang (Pistia stratiotes) yang turut disebut kembiang atau kayu apung.

Gambar

sunting

Lihat pula

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (6 Mac 2017). "TUMBUHAN AKUATIK - APA DIA?". Anim Agro Technology. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  2. ^ Dato' Mohd Anim Hosnan (3 April 2017). "TUMBUHAN AIR - KEGUNAAN". Anim Agro Technology. Dicapai pada 11 Disember 2021.
  3. ^ Garrett Lee (13 Mac 2020). "Types of Aquatic Vegetation - the good, the bad and the ugly". Pond King (Pond Management). Dicapai pada 11 Disember 2021.
  NODES