Tungkai atau kaki merupakan anggota galas berat dan gerak alih haiwan yang biasanya berbentuk turus. Ketika bergerak alih, tungkai berfungsi sebagai "topang yang boleh diperpanjang".[1] Kombinasi pergerakan di semua sendi boleh dimodelkan sebagai satu unsur linear tunggal yang mampu mengubah kepanjangan serta berputar di kitar sendi "pinggul" yang pelbagai arah.

Gambarajah tungkai serangga

Dalam bahasa Melayu harian, anggota tungkai (leg dalam bahasa Inggeris) sering dipanggil "kaki". Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk membezakannya dengan foot yang juga dipanggil "kaki" terutamanya dalam bidang-bidang yang memerlukan pembezaan ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "tungkai" diserap dari Bahasa Minangkabau untuk memaksudkan "bahagian badan dari pangkal paha hingga tapak kaki".[2] Maka istilah ini boleh dipakai untuk leg dalam pembezaan tersebut.

Anggota tungkai haiwan juga dipanggil paha, terutamanya sebagai daging makanan (contohnya paha ayam), kerana kebanyakan haiwan (khususnya vertebrata selain primat) tiada lutut seperti manusia yang membezakan paha dan betis. Tungkai serangga digelar ketis atau ketik.[3]

Komponen

sunting

Tungkai merupakan anggota anatomi kasar, iaitu ia cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar. Komponen-komponen tungkai bergantung kepada haiwannya. Untuk manusia dan lain-lain mamalia, tungkai terdiri daripada tulang, otot, tendon, ligamen, salur darah, saraf dan kulit. Bagi serangga, kaki itu merangkumi kebanyakan komponen yang berikut, cuma serangga mempunyai rangka luar yang mengambil alih fungsi tulang dan kulit.

Anggota di hujung tungkai iaitu kaki boleh dikira sebagai anggota tungkai ataupun anggota yang berasingan. Begitu juga, sendi pinggul atau anggota sebagainya di mana tungkai bersambung dengan badan utama boleh dianggap sebagai anggota berasingan atau anggota kaki.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Studies in the Mechanics of the Tetrapod Skeleton". Biologists.org. Dicapai pada 21 September 2010.
  2. ^ Definisi "tungkai", Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka). Dicapai pada 20 Jan 2014.
  3. ^ [http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ketis Definisi "ketis"], Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Dewan Bahasa dan Pustaka). Dicapai pada 19 Mac 2015.
  NODES
Done 1
jung 1
jung 1