Uluru

Pembentukan batu pasir besar di Australia. Biasanya dikenali sebagai Ayers Rock.

Uluru atau nama lama ia Ayers Rock[1] adalah pembentukan batu pasir besar tertelak di pedalaman bahagian selatan Wilayah Utara dalam rantau Anangu tengah Australia. Ia merupakan antara mercu tanda semulajadi paling dikenali di negara tersebut.

Uluru
Uluṟu
Pemandangan udara Uluru
Titik tertinggi
Ketinggian863 m (2,831 ka)
Tonjolan348 m (1,142 ka)
Koordinat25°20′42″S 131°02′10″E / 25.34500°S 131.03611°E / -25.34500; 131.03611Koordinat: 25°20′42″S 131°02′10″E / 25.34500°S 131.03611°E / -25.34500; 131.03611
Geografi
LokasiNorthern Territory, Australia
Geologi
Usia batuan550–530 Ma
Jenis gunungInselberg
Nama rasmiUluṟu-Kata Tjuṯa National Park
Inskripsi1987 (sesi ke-11)
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Uluru adalah tempat suci bagi masyarakat peribumi Pitjantjatjara yang menduduki kawasan itu. Kawasan di sekitar formasi terdapat banyak mata air, lubang air, gua batu dan lukisan kuno. Muka bumi ini tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan digolong bersama Kata Tjuta dalam suatu cagar alam besar.

Geografi

sunting

Ia terletak 335 km (208 bt) barat daya bandar besar terdekat, Alice Springs.

Geologi

sunting

Monolit ini terdiri utama dari arkose kasar (sejenis batu pasir yang sarat feldspar) dan beberapa konglomerat.[2][3] Komposisi purata ialah 50% feldspar, 25–35% kuarza dan sebanyak 25% serpihan batuan.[2]

 
Panorama Uluru di sekitar matahari terbenam, menunjukkan warna merahnya yang khas pada waktu senja.
Data iklim untuk Yulara Aero
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 46.4
(115.5)
45.8
(114.4)
42.9
(109.2)
39.6
(103.3)
35.7
(96.3)
36.4
(97.5)
31.1
(88.0)
35.0
(95.0)
38.7
(101.7)
42.3
(108.1)
45.0
(113.0)
47.0
(116.6)
47.0
(116.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 38.4
(101.1)
36.9
(98.4)
34.4
(93.9)
29.8
(85.6)
24.2
(75.6)
20.4
(68.7)
20.4
(68.7)
23.7
(74.7)
28.8
(83.8)
32.4
(90.3)
35.1
(95.2)
36.5
(97.7)
30.1
(86.2)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 22.7
(72.9)
22.1
(71.8)
19.3
(66.7)
14.4
(57.9)
9.3
(48.7)
5.6
(42.1)
4.4
(39.9)
5.9
(42.6)
10.7
(51.3)
15.0
(59.0)
18.4
(65.1)
20.8
(69.4)
14.1
(57.4)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 12.7
(54.9)
12.1
(53.8)
8.0
(46.4)
1.3
(34.3)
1.1
(34.0)
−1.8
(28.8)
−3.6
(25.5)
−2.2
(28.0)
−1
(30)
4.5
(40.1)
6.5
(43.7)
9.9
(49.8)
−3.6
(25.5)
Purata curahan hujan, mm (inci) 25.8
(1.02)
39.6
(1.56)
35.1
(1.38)
14.7
(0.58)
13.0
(0.51)
17.4
(0.69)
18.4
(0.72)
4.3
(0.17)
7.4
(0.29)
20.7
(0.81)
34.2
(1.35)
40.2
(1.58)
274.6
(10.81)
Purata bilangan hari hujan (≥ 1 mm) 3.2 2.9 2.0 1.7 1.8 1.6 1.9 1.0 1.4 2.7 3.9 4.7 28.8
Sumber: Bureau of Meteorology

Sebanyak lima musim yang dikenalpasti berdasarkan pemerhatian masyarakat peribumi yang menidami sekitarnya

  1. Wanitjunkupai (April / Mei) - Cuaca lebih sejuk
  2. Wari (Jun / Julai) - Musim sejuk beribun di sebelah pagi
  3. Piriyakutu (Ogos / September / Oktober) - Haiwan membiak dan tumbuh-tumbuhan makanan berbunga
  4. Mai Wiyaringkupai (November / Disember) - Musim panas terik
  5. Itjanu (Januari / Februari / Mac) - Ribut yang boleh muncul berpusing secara tiba-tiba

Hubungan dengan manusia

sunting

Pada 19 Julai 1873, seorang juruukur bernama William Gosse menemukan bentuk muka bumi ini dalam pemerhatiannya, beliau menamakannya Ayers Rock sebagai penghormatan kepada Ketua Setiausaha Australia Selatan ketika itu, Sir Henry Ayers.[4]

Hak milik tanah sekitar kawasan ini dikembalikan kepada masyarakat Pitjantjatjara dari kerajaan Australia pada 26 Oktober 1985 dengan suatu perjanjian ia akan dipegang bersama Agensi Taman dan Hidupan Liar Australia selepas 99 tahun.

Pantang larang dan kepercayaan

sunting

Masyarakat Aṉangu tidak memanjat bukit ini kerana muka bumi tersebut mengikuti arah jejak semangat yang melaluinya semasa penciptaan alam mereka (menurut kepercayaan mereka); ia sangat ditekankan kepada para pengunjung yang juga menyentuh faktor keselamatan.[5] Namun, perkara ini ada tidak diendahkan dengan sekurang-kurangnya 37 kes kmatian yang berkaitan dengan pendakian rekreasi sejak kejadian tersebut mula direkodkan.[5][6] Atas kedua-dua faktor inilah Uluru akhirnya larangan pendakian dikuatkuasa pada 26 Oktober 2019[7] atas keputusan sebulat suara pihak pengurusan cagar alam sekitarnya.[8]

Batu-batu dari sekitar kawasan ini ditegah kutip kerana dipercayai akan menerima bala selepas disumpah; banyak kejadian tercatat di mana orang yang mengambil batu-batu ini berusaha memulangkan kembali agar menghapus sumpahan yang dikatakan terasa.[9][10]

Rujukan

sunting
  1. ^ Kedua-dua nama digunakan dalam warta rasmi iaitu Uluru / Ayers Rock, rujuk:
    • "Place Names Register Extract: Uluru / Ayers Rock". Northern Territory Place Names Register. Northern Territory Government. 6 November 2002. Dicapai pada 12 July 2013.
  2. ^ a b Young, David N.; Duncan, N.; Camacho, A.; Ferenczi, P.A.; Madigan, T.L.A. (2002). Ayers Rock, Northern Territory, Map Sheet GS52-8 (2nd edition) (Map). 1:250 000. Northern Territory Geological Survey. Geological Map Series Explanatory Notes.
  3. ^ "Uluṟu–Kata Tjuṯa National Park – Geology". Australian Department of the Environment and Water Resources. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 October 2007. Dicapai pada 3 April 2007.
  4. ^ "Uluṟu–Kata Tjuṯa National Park – Early European history". Australian Department of the Environment and Water Resources. Dicapai pada 7 October 2008.
  5. ^ a b Welcome to Aboriginal land: Uluṟu–Kata Tjuṯa National Park – Visitor guide and maps (PDF). Canberra: Australian Department of the Environment and Water Resources. October 2005. OCLC 754614279. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 October 2008. Dicapai pada 3 April 2007.
  6. ^ "'Please don't climb Uluru': Japanese tourist dies at sacred site". ABC Online. 4 July 2018. Dicapai pada 28 July 2018.
  7. ^ Uluru chains removed, but site may take 'thousands of years' to return to natural state ABC News, 13 November 2019. Tretrieced 13 November 2019.
  8. ^ Hitch, Georgia; Hose, Nick (1 November 2017). "Uluru climbs banned from October 2019 after unanimous board decision to 'close the playground'". ABC News. Dicapai pada 1 November 2017.
  9. ^ "Rock theft brings bad luck". The Age. 7 March 2003. Dicapai pada 3 April 2007.
  10. ^ Marks, Kathy (12 May 2008). "Uluru tourists return 'cursed' souvenirs". New Zealand Herald. Dicapai pada 14 May 2008.

Pautan luar

sunting
  NODES
mac 3
Note 1
os 6