Vladimir Vladimirovich Nabokov (Bahasa Rusia: Влади́мир Влади́мирович Набо́ков, AFA: /vɫɐˈdʲimʲɪr nɐˈbokəf/), juga dikenali dengan nama penanya Vladimir Sirin ialah seorang penulis novel, penterjemah dan ahli entomologi Amerika Syarikat yang dilahirkan di Rusia.

Vladimir Nabokov
Nabokov di Montreux, Switzerland pada tahun 1973
Nabokov di Montreux, Switzerland pada tahun 1973
LahirVladimir Vladimirovich Nabokov
22 April 1899
Saint Petersburg, Empayar Rusia
Meninggal dunia2 Julai 1977(1977-07-02) (umur 78)
Montreux, Switzerland
PekerjaanPenulis novel, profesor
WarganegaraRusia, Amerika, Switzerland
Alma materUniversiti Cambridge
Karya terkenalThe Defense (1930)
Ada, or Ardor (1969)
Laman web
vladimir-nabokov.org

Nabokov dilahirkan pada 22 April 1899 di Saint Petersburg, dan keluarganya diraja, kaya, terkenal dan mempunyai asal usul sejauh putera Tatar kurun ke-14, Nabok Murza yang berkhidmat untuk golongan Tsar, dan inilah asal usul nama keluarganya.[1] Nabokov dikenali sebagai salah seorang penulis prosa yang paling terkemuka pada kurun ke-20. Nabokov menyifatkan dirinya sebagai seorang yang mengalami sinestesia, dan pada awal hidupnya, dia menyamakan nombor 5 dengan warna merah. Minat Nabokov terhadap entomologi diilhamkan buku Maria Sibylla Merian yang dijumpainya di loteng rumah ladang keluarganya di Vyra. Nabokov menghabiskan banyak masa semasa pengasingannya untuk menghasilkan teka-teki permainan catur. Nabokov berhaluan liberalisme klasikal, sama seperti bapanya yang merupakan seorang liberal dan berkhidmat di Kerajaan Sementara selepas Revolusi Februari 1917 sebagai ahli Parti Demokratik Perlembagaan. Pengkritik kesusasteraan Rusia, Yuly Aykhenvald, adalah antara peminat terawal Nabokov, dan dia merujuk kepada kebolehannya untuk memberi kehidupan kepada benda: "Dia menghiaskan hal remeh-temeh dengan kehidupan, deria, psikologi dan memberi minda kepada benda." Lagu "Sing, Poetry" dalam album klasik kontemporari 2011 Troika terdiri daripada latar yang merangkumi versi Bahasa Rusia dan Inggeris untuk 3 puisi Nabokov oleh penggubah seperti Jay Greenberg, Michael Schelle dan Lev Zhurbin.

Rujukan

sunting
  1. ^ Nabokov, Vladimir Vladimirovich (1951). Speak, Memory: A Memoir. Gollancz. m/s. 37.
  NODES