Sebuah blog video atau log video - dipendekkan sebagai vlog[1] - ialah suatu bentuk blog yang menerapkan media video sepenuhnya[2] dan merupakan bentuk televisyen web. Entri Vlog sering menggabungkan video terbenam (atau pautan video) dengan teks sokongan, imej, dan metadata lain. Penyertaan boleh dirakam dalam satu pengambilan atau dipotong menjadi beberapa bahagian. Ia merupakan format video paling lazim dijumpai dalam platform-platform perkongsian video YouTube.

Rakaman jenis ini juga sering memanfaatkan sistem pengedaran video Internet menggunakan format sindikasi RSS atau Atom, yang membolehkan rakaman-rakaman ini disimpan, dikumpul dan dimain semula pada peranti mudah alih dan komputer peribadi, misalnya video siar.

Rujukan

sunting
  1. ^ Pilkington, Ed (July 9, 2009). "Merriam-Webster releases list of new words to be included in dictionary". The Guardian. London. Diarkibkan daripada yang asal pada June 8, 2016.
  2. ^ "Media Revolution: Podcasting". New England Film. Diarkibkan daripada yang asal pada August 14, 2006.

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1
eth 1