Ikan yu paus (Jawi: ايكن يو ڤاءوس, Inggeris piawai whale shark, nama saintifik Rhincodon typus), adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan bertapis, ia juga merupakan spesies ikan yang besar dan gergasi. Menurut perkiraan, saiz ikan dalam spesies ini yang terpanjang berukuran 12.65 meter (41.50 ka). Manakala yag terberat adalah lebih dari 36 tonne (79,000 lb),[9] tetapi tuntutan laporan yang dibuat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Haiwan ini berada dalam genus Rhincodon dan famili, Rhincodontidae (dipanggil Rhinodontes sebelum tahun 1984), ia termasuk dalam sub-kelas Elasmobranchii yang berada dalam kelas Chondrichthyes. Ikan yu paus mudah untuk dijumpai di kawasan lautan beriklim tropika yang purata suhu airnya sekitar 25 C hingga 30 C. Dan purata umur hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun.[10] Spesies ikan gergasi ini telah dianggarkan menetap hidup di bumi sejak 60 juta tahun yang lalu. Yu paus jantan pada kebiasaannya memiliki saiz mulut yang lebih besar berbanding saiz mulut betina. Makanan utamanya adalah plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop. Menurut rancangan BBC, yakni filem Planet Earth, yu paus turut memakan sekumpulan ikan kecil.[11]

Yu paus
Julat zaman: 28.4–0 Ma[1]
Ikan yu paus dari Taiwan yang dipaparkan di Georgia Aquarium
Saiz ikan jika dibandingkan dengan saiz manusia
CITES Appendix II (CITES)[3]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Chondrichthyes
Superorder: Selachimorpha
Order: Orectolobiformes
Keluarga: Rhincodontidae
J. P. Müller dan Henle, 1839[6][5]
Genus: Rhincodon
A. Smith, 1829[4][5]
Spesies:
R. typus
Nama binomial
Rhincodon typus
Taburan yu paus
Sinonim
  • Micristodus punctatus Gill, 1865
  • Rhineodon Denison, 1937
  • Rhiniodon typus A. Smith, 1828[7]
  • Rhinodon pentalineatus Kishinouye, 1901
  • Rhinodon typicus Müller & Henle, 1839

Spesies yu paus ini mula dijumpai pada April 1828, menerusi suatu kajian biologi marin yang dibuat di Table Bay, Afrika Selatan4.6-meter (15.1 ka). Andrew Smith, seorang doktor tentera yang bernaung di bawah pasukan tentera British di Tanjung Harapan yang menjalankan kajian sejak sekian tahun lamanya.[12] Beliau telah menghasilkan lebih banyak deskripsi kajian dan penerangan berkaitan spesies ii pada tahun 1849. Nama "yu paus" datang dari bentuk fisiologi ikan tersebut yang besar seakan ikan paus dan mengamalkan diet pemakanan bertapis.

Habitat

sunting

Ikan yu paus pada kebiasaannya menetap di jaringan perairan yang beriklim tropika dan dan lautan bersuhu panas. Asasnya di pelagic, kawasan pemakanan yang terletak di selatan dan timur Afrika Selatan; Gladden Spit di Belize; Terumbu Karang Ningaloo di Australia Barat; Útila di Honduras; Donsol, Pasacao dan Batangas di Filipina; luar pesisir pantai Isla Mujeres dan Isla Holbox di Yucatan Mexico; Pulau Tenggol; luar pantai Terengganu, Malaysia, Taman Negara Ujung Kulon di Indonesia; Nosy Be di Madagaskar, luar pantai Terumbu Karang Tofo berdekatan Inhambane di Mozambique, dan Kepulauan Tanzania di Pulau Mafia, Pemba, Zanzibar; Kepulauan Seychelles, Maldives, Sri Lanka, Pulau Galapagos, Laut Merah, perairan pantai Yemen dan Oman dan, amat jarang kelihatan di, Eilat, Israel. Malah ikan ini juga boleh dilihat dikebanyakan pantai tropika yang berhampiran dengan daratan, berhampiran lagun, dan atol terumbu karang, juga dapat dilihat di kawasa muara sungai yang bersih, jernih dan dalam. Kedalaman terbaik untuk ia mudah berenang adalah sekitar kedalaman latitud ±30° (30 meter dalam). Ikan ini boleh berenang sehingga 700 meter (2,300 ka) dalam, dan ia suka berhijrah dan bermigrasi.[10]

Anatomi tubuh

sunting

Sebagai haiwan dan ikan yang mengamalkan etika diet bertapis atau memilih jenis makanan, secara amnya mulut haiwan ini akan lebih besar sehingga 1.5 m (4.9 ka) luas dan mempunyai kira-kira 300 hingga 350 batang gigi kecil.[13] Ia mempunyai 5 pasang insang yang besar. 2 (dua) biji mata yang terletak di hadapan, dan mempunyai keadaan / bentuk kepala yang rata. Badannnya biasanya berwarna kelabu dan perutnya putih; tiga bonjolan jelas menjalar sepanjang setiap sisi dari kulit haiwan dan ditandai dengan beberapa tompokan kuning pucat dan garis-garis. Setiap tompokan adalah unik dan istimewa untuk setiap ekor ikan kerana ia berguna untuk menentu identiti ikan dan menyeragamkan kiraan dalam populasi. Tebal kulit boleh mencapai sehingga 10 sentimeter (3.9 in) . Yu ini ini mempunyai sepasang sirip dorsal dan sirip pektoral. Ekor Juvenil adalah besar pada bahagian atas dan bawah dan ekor ikan dewasa akan menjadi bentuk semi-lunar (ekor berbentuk sabit). Ventilator pula hanya terletak di belakang mata bagi mengawal suhu badan agar kekal sejuk.

 
Ikan yu paus di dalam Osaka Aquarium

Ikan yu paus bukanlah perenang yang cekap kerana ia menggunakan seluruh badannya (perkara yang luar biasa bagi ikan) untuk mencapai purata kelajuan sekitar 5 km/j (3.1 mph). Spesimen yu paus terbesar ditangkap pada 11 November 1947, berdekatan Pulau Baba, di Karachi, Pakistan. Panjangnya 12.65 m (41.50 ka), beratnya lebih 21.5 t (47,000 lb), dan lilitannya 7 m (23.0 ka).[14]

Ikan yu paus adalah ikan yang mengamalkan diet pemakanan bertapis, maka ia adalah salah satu hidupan yang memilih makanannya dan pada kebiasaanya hanya memakan hidupan mini dan bersaiz seni. Salah satu dari ikan yu yang dikenal pasti mempunyai etika diet seperti ini selain ikan yu basking dan ikan yu mulut gergasi. Ia biasanya memakan alga-makro, plankton, udang kecil, larva ketam merah Pulau Krismas,[15] dan hidupan nekton yang kecil seperti sotong kecil, atau ikan kecil. Banyaknya bilangan gigi kecil sebenarnya tidak memainkan peranan dalam mengunyah makanan dan menangkapnya; sebenarnya ia bertindak untuk mengurangkan ruang kosong dalam mulut ikan yu ini agar lebih kemas dan gusi dan bibir tidak mudah menggelebeh. Ikan yu paus, banyak menyedut masuk air masin kedalam mulutnya, dan mengeluarkan lebihan air menerusi insangnya yang terbuka besar. Secara teknikal, ketika mulutnya terbuka air yang masuk akan membawa banyak haiwan seni masuk bersama, dan apabila keluarnya air menerusi insang, haiwan mini tersebut akan terperangkap antara penapis insang, ini memudahkan ikan yu ini hanya memakan sisa haiwan yang terlekat pada penapis insangnya (yakni bahagian dermal dentikal) yang sebaris dengan insang dan farink. Insang nipis da halus ini boleh memerangkap makanan yang bersaiz atas 2 hingga 3 milimeter (0.079 hingga 0.118 in) dalam diameter. Bahan yang terperangkap akan terjerat di insang ketika ia menguap. Apabila yu paus batuk, ini secara mekanikal membantu paus tersebut membuang sebarang habuk dan kekotoran serta benda tersekat di insang dan kerongkong nya. Ikan yu paus adalah pemigrasi (penghijrah) dan berupaya untuk mencari makanan dan bertelur.[10][16][17]

Ikan yu paus adalah pemakan yang aktif, dan biasanya haya mencari dan memakan plankton, udang kecil, alga atau ikan kecil yang mempunyai kosentrasi yang tinggi. Tempat terbaik untuk mencari kawasan pemakanan adalah kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Berbeza dengan ikan yu basking, ikan yu basking tidak boleh menyedut air dan hanya berenang bergantung kepada daya arus air yang mengalir menerusi insangnya, tetapi untuk ikan yu paus perkara ini amat mudah utuk dilakukan kerana badannya yang besar dan penyedut air selain mulut dan insangnya yang lebar dan besar.[10][16]

Tingkah laku bersama penyelam

sunting
 
Yu paus di Terumbu Karang Ningaloo

Spesies yu ini hanyalah besar, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia, malah bersifat lemah lembuh dan mudah berenang bersama manusia tanpa perlu rasa bimbang.[18] Ikan yu paus biasanya sangat bersikap lembut, Penyelam dan ikan lain bebas berenang dan menyelam tanpa rasa curiga atau berisiko untuk diserang. Cuma penyelam perlu berjaga akan ekor ikan ini yang panjang dan berbentuk sabit kerana ia boleh melibas dengan kuat.[19]

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ "Rhincodon typus in the Paleobiology Database". Fossilworks. Dicapai pada 17 December 2021.
  2. ^ Pierce, S.J.; Norman, B. (2016). "Rhincodon typus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T19488A2365291. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-1.RLTS.T19488A2365291.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  3. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Smith, 1829
  5. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Melville, 1984
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Müller & Henle, 1841
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Smith, 1828
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Penrith, 1972
  9. ^ Branch, G.M., Branch, M.L, Griffiths, C.L. and Beckley, L.E. 2010. Two Oceans: a guide to the marine life of southern Africa ISBN 978-1-77007-772-0
  10. ^ a b c d Ed. Ranier Froese and Daniel Pauly. "Rhincodon typus". FishBase. Dicapai pada 17 September 2006.
  11. ^ Jurassic Shark (2000) documentary by Jacinth O'Donnell; broadcast on Discovery Channel, August 5, 2006
  12. ^ Martin, R. Aidan. "Rhincodon or Rhiniodon? A Whale Shark by any Other Name". ReefQuest Centre for Shark Research.
  13. ^ Compagno, L.J.V. "Species Fact Sheet, Rhincodon typus". Food and Agriculture Organization of the United Nations. Dicapai pada 19 September 2006.
  14. ^ Gerald L. Wood, Animal Facts and Feats, 1990.
  15. ^ Rebecca Morelle. (2008-11-17). "Shark-cam captures ocean motion". BBC News. Dicapai pada 30 July 2009.
  16. ^ a b Martin, R. Aidan. "Elasmo Research". ReefQuest. Dicapai pada 17 September 2006.
  17. ^ "Whale shark". Icthyology at the Florida Museum of Natural History. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-24. Dicapai pada 17 September 2006.
  18. ^ Compagno, Leonard J. V. (April 26, 2002). Sharks of the World: An Annotated and Illustrated Catalogue of Shark Species Known to Date: Bullhead, Mackerel and Carpet Sharks. 2. Food & Agriculture Organization of the United Nations (FAO). ISBN 9789251045435. Dicapai pada 2009-09-20.
  19. ^ Garrison, Tom (2008-07-30). Essentials of Oceanography. Brooks Cole. m/s. 312. ISBN 9780495555315.
Rujukan umum

Pautan luar

sunting

Templat:Ikan

  NODES
Project 1