Zon Bebas Tentera Korea

Zon Bebas Tentera Korea (Hangul: 한반도 비무장지대, Hanja: 韓半島非武裝地帶) atau kependekannya DMZ adalah satu sejalur tanah yang merentasi Semenanjung Korea di mana ia berfungsi sebagai zon penampan di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Secara kasarnya Zon Bebas Tentera membahagikan Semenanjung Korea kepada separuh dan ia melintasi kawasan sekitar garis lintang 38. Zon ini dibentuk sebagai sebahagian daripada Perjanjian Gencatan Senjata Korea di antara Republik Rakyat Demokratik Korea, Republik Rakyat China dan angkatan Perintah Bangsa-bangsa Bersatu.

Zon Bebas Tentera Korea
زون بيبس تنترا کوريا
Semenanjung Korea

Jenis DMZ
Dibina oleh  Korea Utara
 Korea Selatan
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Digunakan  Selepas 27 Julai 1953
Keadaan
sekarang
Beroperasi penuh.
Dibuka kepada
 awam
Dilarang. Akses dengan kebenaran sahaja.
Dikawal oleh  Korea Utara
 Korea Selatan
 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Peristiwa Pembahagian Korea

Zon Bebas Tentera Korea ditunjukan dalam warna merah dengan Garis Sempadan Ketenteraan ditandakan dengan garisan hitam.

Kepanjangan zon ini adalah 250 kilometer (160 batu) [1] manakala lebarnya kira-kira 4 km (2.5 bt) dan ia merupakan sempadan dengan kehadiran tentera paling ramai di dunia.[2][3] Garisan Had Utara atau NLL merupakan sempadan laut de facto di antara Korea Utara dan Selatan di Laut Kuning (Laut Barat). Kawasan pesisir pantai dan pulau di kedua-dua bahagian NLL juga terdapat kehadiran tentera yang sangat ramai.

  1. ^ "Korean Demilitarized Zone: Image of the Day". Balai Cerap Bumi NASA. Dicapai pada 26 Mac 2010.
  2. ^ Bermudez (2001), pg 1.
  3. ^ " Background Note: North Korea", Jabatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Oktober 2006.

Rujukan

sunting
  • Bermudez, Joseph S. (2001). Shield of the Great Leader. The Armed Forces of North Korea. The Armed Forces of Asia. Sydney: Allen & Unwin. ISBN 1864485825. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar

sunting
  NODES
Done 1
jung 3
jung 3