Syria
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Suriyah
Rencana ini mungkin terkesan dengan hal semasa berikut: Kejatuhan rejim Assad. Maklumatnya besar kemungkinan berubah-ubah seiring dengan perkembangan peristiwa, dan laporan berita awal tidak semestinya boleh dipercayai. Kemas kini terakhir bagi rencana ini tidaklah membayangkan maklumat yang paling terkini. (Disember 2024) |
Suriyah[b] atau nama Inggerisnya Syria —secara rasminya Republik Arab Suriyah[c]— ialah sebuah negara di Asia Barat yang terletak di pantai timur Laut Rum dan pedalaman kawasan Masyrik. Ia bersempadanan dengan Turki di utara, Iraq di timur dan tenggara, Jordan di selatan, serta kawasan rebutan Palestin/Israel dan negara Lubnan di barat dayanya. Ia sebuah republik terdiri dari 14 kegabenoran. Damsyik ialah ibu negara dan bandar terbesar. Dengan penduduk sehingga 25 juta merentasi kawasan 185,180 kilometer persegi (71,500 bt2), ia menjadi negara ke-57 paling ramai penduduk dan ke-87 terbesar.
Republik Arab Suriyah ريڤوبليك عرب سورية | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Lagu kebangsaan: Belum tentu[a] | |||||
Suriyah ditunjukkan berwarna hijau gelap; kawasan Wilayah Hatay dudukan Turki dan Lembah Golan taklukan Israel yang dituntut berwarna hijau muda | |||||
Ibu negara dan bandar terbesar | Damsyik 33°30′N 36°18′E / 33.500°N 36.300°E | ||||
Bahasa utama | Bahasa Arab Fusha | ||||
Bahasa sampingan | Lihat: Bahasa di Syria | ||||
Kumpulan etnik | 80–90% Orang Arab 9–10% Orang Kurdi 1–10% lain-lain | ||||
Agama (2024)[2] | |||||
Kerajaan | Pemerintahan peralihan | ||||
• Presiden | Kosong | ||||
Kosong | |||||
Mohammed al-Bashir[7][8] | |||||
Pendirian | |||||
8 Mac 1920 | |||||
• Negara di bawah mandat Perancis | 1 Disember 1924 | ||||
14 Mei 1930 | |||||
• Tamat mandat Perancis | 17 April 1946 | ||||
• Meninggalkan Republik Arab Bersatu | 28 September 1961 | ||||
8 Mac 1963 | |||||
8 Disember 2024 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 185,180[9] km2 (71,500 bt2) (ke-87) | ||||
1.1 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2024 | ▲ 25,000,753[10] (ke-57) | ||||
118.3/km2 (306.4/sq mi) (ke-70) | |||||
KDNK (PPP) | 2015 | ||||
• Jumlah | USD50.28 bilion[11] | ||||
USD2,900[11] | |||||
KDNK (nominal) | 2020 | ||||
• Jumlah | USD11.08 bilion[11] | ||||
USD533 | |||||
Gini (2022) | 26.6[12] rendah | ||||
HDI (2022) | ▬ 0.557[13] sederhana · ke-157 | ||||
Mata wang | Paun Syria ( SYP ) | ||||
Zon waktu | UTC+3 (Waktu Piawai Arab) | ||||
Kod panggilan | +963 | ||||
Kod ISO 3166 | SY | ||||
DPT internet | .sy سوريا. |
Negara ini terletak dalam rantau besar Syam yang turut dikenali dengan nama Syria oleh para sejarawan Barat. Ia merangkumi kawasan seberapa kerajaan dan empayar purba, termasuk Tamadun Ebla pada era milenium ke-3 SM. Damsyik dan Halab ialah bandar yang mempunyai kepentingan budaya yang besar. Damsyik menjadi pusat pentadbiran Khilafah Umaiyah dan ibu kota Kesultanan Mamluk di Mesir. Negara Suriyah moden ditubuhkan pada pertengahan abad ke-20 selepas berabad berada di bawah pemerintahan Uthmaniyah, sebagai Mandat Perancis. Negara ini mewakili negara Arab terbesar yang berpisah dari kawasan Suriyah yang diperintah Utmaniyah. Ia memperoleh kemerdekaan secara undang-undang (de jure) sebagai sebuah republik berparlimen pada 1945 apabila Republik Suriyah Pertama menjadi anggota pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, suatu tindakan yang secara undang-undangnya mengakhiri Mandat Perancis. Tentera Perancis berundur pada April 1946, menyerahkan kemerdekaan mutlak (de facto) kepada negara ini.
Era pascakemerdekaan menjadi kecoh, dengan pelbagai cubaan rampasan kuasa menggegarkan negara antara 1949 hingga 1971. Pada 1958, Suriyah menyertai kesatuan seketika dengan Mesir, yang ditamatkan dengan rampasan kuasa pada 1961 dan dinamakan sebagai Republik Arab Suriyah melalui pungutan suara perlembagaan. Rampasan kuasa 1963 dilakukan oleh sayap tentera Parti Ba'ath menubuhkan negara satu parti dan memerintah Suriyah di bawah undang-undang darurat dari 1963 hingga 2011, dan telah menggantung perlindungan perlembagaan untuk rakyat. Pergelutan kuasa dalaman dalam kalangan kumpulan Ba'ath menyebabkan rampasan kuasa seterusnya pada 1966 dan 1970, yang mana akhirnya menyebabkan rampasan kuasa oleh Hafiz al-Assad. Dia akhirnya menubuhkan sebuah pemerintahan minoriti dalam kalangan penganut aliran Alawiyah untuk menyatukan semua kuasa pegangan para ahli keluarganya. Selepas kematian Hafiz, anaknya Basyar mewarisi kepresidenan pada 2000.
Sejak revolusi musim bunga Arab pada 2011, Suriyah telah terlibat dalam perang saudara pelbagai pihak dengan penglibatan pelbagai negara, membawa kepada krisis pelarian dimana lebih 6 juta pelarian meninggalkan negara ini.[d] Kumpulan pengganas Daesh menawan banyak bandar Suriyah pada 2014–15, sebagai tindak balas yang mana Amerika Syarikat telah melancarkan sebuah gabungan antarabangsa untuk menewaskan IS di Syria. Selepas itu, tiga pertubuhan politik yakni Pemerintahan Sementara, Pemerintahan Penyelamatan, dan Rojava muncul di wilayah Suriyah untuk mencabar kekuasaan pemerintahan Basyar. Pada akhir 2024, sebuah serangan pemberontak daripada gabungan pasukan pembangkang membawa kepada penawanan beberapa bandar utama termasuk Damsyik, dan kejatuhan rejim Assad yang menyusul.[16]
Sebuah negara dengan dataran yang subur, gunung yang tinggi dan gurun, Suriyah ialah rumah bagi kumpulan etnik dan agama yang pelbagai. Orang Arab ialah kumpulan etnik terbesar, dan Muslim aliran Sunnah ialah kumpulan agama terbesar.
Sejarah
suntingGeografi
suntingPentadbiran dan politik
suntingBahagian pentadbiran
suntingSuriyah dibahagikan kepada 14 kegabenoran lanjut kepada 61 buah daerah. Pentadbiran Autonomi Suriyah Utara dan Timur atau Rojava pula ialah kawasan autonomi secara hakikatnya, tetapi tidak diiktiraf oleh negara.
No. | Kegabenoran | Ibu kota |
---|---|---|
1 | Latakia | Latakia |
2 | Idlib | Idlib |
3 | Aleppo | Aleppo |
4 | Raqqa | Raqqa |
5 | Al-Hasakah | Al-Hasakah |
6 | Tartus | Tartus |
7 | Hama | Hama |
8 | Deir ez-Zor | Deir ez-Zor |
9 | Homs | Homs |
10 | Damsyik | Damsyik |
11 | Desa Damsyik | Douma |
12 | Quneitra | Quneitra |
13 | Daraa | Daraa |
14 | Al-Suwayda | Al-Suwayda |
Ekonomi
suntingIndustri petroleum
suntingIndustri petroleum Suriyah telah menunjukan kejatuhan ketara. Pada September 2014, ISIS telah mengeluarkan minyak lebih banyak iaitu 80,000 bbl/d (13,000 m3/d) berbanding 17,000 bbl/d (2,700 m3/d) rejim Syria. Menteri Minyak Suriyah mengatakan bahawa pada penghujung tahun 2014, pengeluaran minyak menjunam kepada 9,329 bbl/d (1,483.2 m3/d); ISIS sejak itu telah menawan lebih banyak medan minyak, dan meningkatkan anggaran pengeluaran minyak kepada 6,829 bbl/d (1,085.7 m3/d).[17] Pada tahun ketiga Perang Saudara Syria, timbalan menteri ekonomi, Salman Hayan mengatakan bahawa dua loji penapisan minyak utama Suriyah beroperasi dengan kurang daripada 10% kapasiti.[18]
Berdasarkan sejarah, Suriyah mengeluarkan minyak bergred berat daripada medan-medan yang terletak di timur laut sejak akhir 1960-an. Pada awal 1980-an, minyak bergred ringan, rendah sulfur telah ditemui berhampiran Deir ez-Zor di timur Syria. Kadar pengeluaran minyak Suriyah menurun secara drastik daripada puncaknya kepada 600,000 barrels per day (95,000 m3/d) (bpd) pada tahun 1995 sehingga kurang daripada 140,000 bbl/d (22,000 m3/d) pada tahun 2012.[19] Sebelum kekacauan meletus, lebih daripada 90% minyak Suriyah dieksport ke negara-negara Eropah, dan selebihnya dijual ke Turki.[20] Pendapatan gas dan minyak menyumbang sekitar 20% daripada keluaran negara kasar dan 25% daripada jumlah pendapatan kerajaan.[20]
Demografi
suntingKebudayaan
suntingCatatan
sunting- ^ Homat el Diyar (Arab: حُمَاةَ الدِّيَارِ, rumi: Ḥumāt ad-Diyār, lit. 'Pelindung Tanah Air' ) merupakan lagu kebangsaan pemerintah sebelumnya (1963–2024) dan Republik Pertama dan Kedua. Syria telah ditadbir oleh pemerintah peralihan sejak kejatuhan rejim Assad pada 8 Disember 2024, tanpa sebarang pengumuman setakat ini jika lagu ini akan terus digunakan sebagai lagu kebangsaan. Pihak-pihak pembangkang sebelum ini menggunakan versi dengan lirik yang diubah suai menggesa penggulingan Assad.
- ^ Arab: سُورِيَة, rumi: Sūriyah atau سُورِيَا Sūriyā
- ^ Arab: اَلْجُمْهُورِيَّةُ ٱلْعَرَبِيَّةُ ٱلْسُوْرِيَّة, rumi: al-Jumhūriyya al-ʿArabiyya as-Sūriyya[14]
- ^ Sources:
- [15]
- Alsharif, Asma (16 August 2012). "Organization of Islamic Cooperation suspends Syria". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2022.
- "Islamic bloc suspends Syria membership over crisis". DW News. 16 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2018.
- "Organisation of Islamic Cooperation suspends Syria". Ahram Online. 16 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2018.
- "OIC Suspends Syria Over Crackdown". RFE/RL. 16 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 February 2023.
Rujukan
sunting- ^ "Prime Minister of the Syrian Arab Republic". Syrian transitional government. Dicapai pada 11 December 2024.
- ^ a b "Syria: People and society". The World Factbook. CIA. 10 May 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2021. Dicapai pada 30 December 2021.
- ^ "Syria (10/03)".
- ^ "Syria's Religious, Ethnic Groups". 20 December 2012.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaKhalifa2013
- ^ Shoup, John A. (2018), The History of Syria, ABC-CLIO, m/s. 6, ISBN 978-1440858352,
Syria has several other ethnic groups, the Kurds... they make up an estimated 9 percent...Turkomen comprise around 4-5 percent of the total population. The rest of the ethnic mix of Syria is made of Assyrians (about 4 percent), Armenians (about 2 percent), and Circassians (about 1 percent).
- ^ "Mohammed al-Bashir assigned to form new Syrian government". Ammon News.
- ^ "Mohammed al-Bashir appointed as Syria's prime minister after Assad's fall – [İLKHA] Ilke News Agency".
- ^ "Syrian ministry of foreign affairs". Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2012.
- ^ "Syria Population". World of Meters.info. Dicapai pada 6 November 2024.
- ^ a b c "Syria". The World Factbook. Central Intelligence Agency. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 February 2021. Dicapai pada 7 April 2021.
- ^ "World Bank GINI index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 February 2015. Dicapai pada 22 January 2013.
- ^ "HUMAN DEVELOPMENT REPORT 2023-24" (PDF). United Nations Development Programme (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 March 2024. m/s. 274–277. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 1 May 2024. Dicapai pada 3 May 2024.
- ^ "Prime Minister of the Syrian Arab Republic". Syrian transitional government. Dicapai pada 11 December 2024.
- ^ "Regional group votes to suspend Syria; rebels claim downing of jet". CNN. 14 August 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2012. Dicapai pada 14 August 2012.
- ^ Al-Khalidi, Suleiman; Azhari, Timour (8 December 2024). "Syrian rebels topple Assad, transforming Middle East". Reuters.
- ^ "Syria regime revenues shrink as losses mount". The Daily Star. AFP. 30 May 2015. Dicapai pada 31 May 2015.
- ^ Al-Khalidi, Suleiman (January 27, 2015). "Syria raises fuel prices to snuff out black market, soothe unrest". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-27. Dicapai pada January 28, 2015.
- ^ "Syria says preparing to finalize oil deal with Russia". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 28 August 2012.
- ^ a b "The Syrian Economy: Hanging by a Thread". Carnegie Endowment for International Peace. 20 June 2012.
Lihat juga
suntingKetahui lebih lanjut tentang Syria di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |